Ilmu itu MilikNya. Tugas hamba hanyalah untuk meneroka, menyampai dan mengamal di sepanjang usia yang masih berbaki....
Rabu, 14 November 2012
Rukun Solat
Apa itu solat? Apabila saya mengajukan soalan kepada murid; baik Tahun 4, Tahun 3, Tahun 2 atau Tahun 1, jawapan sama diberikan iaitu sembahyang. Itulah jawapan asas yang telah disematkan dalam fikiran murid. Pada saya tidak salah cuma pengertian istilah sebenar sepatutnya dikukuhkan dalam minda dan hati murid. Insya Allah...akan saya lakukan.
Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratulihram dan disudahi dengan salam mengikut syarat-syarat tertentu. Apa pula rukun? Rukun ialah sesuatu perkara yang mesti ada dan dilakukan dalam tiap-tiap amalan.
Apa pula Rukun Solat? Berapa pembahagiannya?
Rukun solat ada 13 bahagian iaitu;
1. Berdiri tegak (bagi yang mampu berdiri)
2. Niat
3. Takbiratulihram
4. Membaca al-Fatihah
5. Rukuk serta tomakninah
6. Iktidal serta tomakninah
7. Sujud serta tomakninah
8. Duduk antara dua sujud serta tomakninah
9. Duduk tahiyat akhir
10. Membaca tahiyat akhir
11. Selawat ke atas nabi
12. Memberi salam
13. Tertib
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan