Rabu, 21 November 2012

Info Ibadat


Bersuci daripada Najis
Pengertian bersuci ialah membersihkan tubuh badan, pakaian, dan persekitaran daripada najis dan hadas.

Pengertian Najis
Benda-benda kotor pada syara' yang menyebabkan ibadat seseorang itu tidak sah.

Jenis-Jenis Najis

1. Najis Mukhaffafah (najis ringan) iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur tidak lebih dua tahun yang hanya menyusu susu ibunya.
2. Najis Mutawassitah (najis sederhana/pertengahan) iaitu benda-benda kotor pada syara' selain najis Mughalazzah dan najis Mukhaffafah. Contohnya; darah, annah, tahi, arak dan lain-lain.
3. Najis Mughallazah (najis berat) iaitu najis anjing dan babi serta keturunan daripada keduanya.

Cara-Cara Menyucikan Najis

1. Najis Mukhaffafah
  • lap najis dengan kain bersih dan kering.
  • renjiskan air mutlak di kawasan najis tadi.
  • lapkan tempat tersebut dengan kain bersih.
2. Najis Mutawassitah
  • Buang najis terlebih dahulu.
  • Basuh tempat yang terkena najis dengan air mutlak
  • Ulangi basuhan sehingga hilang warna, bau dan rasanya.
3. Najis Mughallazah
  • Buangkan najis.
  • Basuh sekali dengan air yang  bercampur dengan tanah.
  • Basuh sebanyak enam kali dengan air mutlak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN TERKINI

MUHASABAH DIRI

DIRI SAYA

Foto saya
D20112054519 PPGPJJ UPSI 2012