Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Khamis, 13 Disember 2012

Mencari Keredhaan Allah

An-Nasa'i meriwayatkan dari Abu Hurairah ra katanya, Nabi Muhammad SAW bersabda; "Sesiapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah, tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat".

Sesungguhnya mempelajari sesuatu ilmu itu terutama sekali ilmu agama bukanlah sebagai perhiasan semata-mata atau ingin mendapat keuntungan dunia, namun untuk menyampaikan kepada golongan yang tidak mengetahui agar hasilnya dapat dituai di akhirat kelak. Mudah-mudahan segala yang dicurahkan mendapat keberkatanNya...aamiin..

Rabu, 12 Disember 2012

4 Ibu

Tahniah diucapkan kepada "ibu" yang sinonim dengan wanita. Apa yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW berkaitan "ibu" ini? Nabi Muhammad SAW bersabda; "Ada 4 dipandang sebagai ibu iaitu ibu segala ubat, ibu dari semua adab, ibu dari seluruh ibadat dan ibu dari segenap cita-cita. Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan, ibu dari semua adab adalah sedikit bercakap, ibu dari seluruh ibadat adalah takut berbuat dosa dan ibu dari segenap cita-cita adalah sifat sabar". 

Sangat cantik tafsiran Rasulullah berkaitan "ibu" di atas. Sebagai muslim sudah menjadi kewajipan di dalam setiap amalan..

Selasa, 11 Disember 2012

Peringatan dari Malaikat Jibril

Telah diriwayatkan bahawa Malaikat Jibril pernah berkata kepada Nabi Muhammad SAW; "Hai, Muhammad!. Hiduplah engkau sesuka hatimu tapi ingat bahawa engkau akan mati. Cintailah sesiapa yang engkau sukai tapi ingat bahawa engkau akan berpisah dengannya. Dan buatlah apa yang engkau mahu tapi ingat bahawa engkau akan menerima balasan atas perbuatanmu itu".

Bersama renungkan apa yang telah diperingatkan. Semoga mendapat manfaat...Insya Allah.


KOMEN TERKINI

MUHASABAH DIRI

DIRI SAYA

Foto saya
D20112054519 PPGPJJ UPSI 2012