Islam adalah agama yang mudah dipraktikkan selagi tidak menyalahi syariatNya...
Berubah, membuat kelainan, mencari perbezaan atau apa saja istilahnya adalah dimaksudkan dengan perkataan HIJRAH yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Maksud, tarikh, sebab, orang terlibat dan Raja yang menerima mereka yang berhijrah serta kesan hijrah dinyatakan seperti berikut;Ilmu itu MilikNya. Tugas hamba hanyalah untuk meneroka, menyampai dan mengamal di sepanjang usia yang masih berbaki....
Memaparkan catatan dengan label Sirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sirah. Papar semua catatan
Isnin, 24 Disember 2012
Isnin, 10 Disember 2012
Dakwah Rasulullah SAW
Setelah Rasulullah SAW dilantik menjadi rasul, baginda mula menyampaikan dakwah sebagai tanda ketaataan kepada Allah. Proses dakwah Rasulullah SAW terbahagi kepada dua peringkat iaitu; dakwah secara sulit (rahsia) dan dakwah secara terang (terbuka).
1. Dakwah secara sulit (rahsia)
Sebab dilakukan secara sulit / rahsia kerana tidak mahu orang kafir Quraisy mengetahui adanya agama baru selain agama nenek moyang mereka dan mereka tidak terkejut dengan seruan Rasulullah SAW serta sebagai strategi dakwah Rasulullah SAW ketika itu. Proses dakwah ini berjalan selama tiga tahun dan hanya tiga puluh orang yang menerima dakwah Rasulullah SAW.
Jumaat, 7 Disember 2012
Mukjizat Al-Quran
Salam Jumaat...
Pengertian al-Quran
2. sebagai penawar segala penyakit. (terlalu banyak bukti)
3. keindahan gaya bahasa yang tiada tandingan. (kenyataan sahih)
4. pembaca dan pendengarnya mendapat pahala. (sudah terang lagi bersuluh)
Apa Isi kandungan al-Quran?
1. mengandungi perkara akidah dan keimanan.
2. peraturan dan undang-undang
3. perkara akhlak dan pengajaran
4. ilmu pengetahuan, tidak terhad kepada ilmu agama sahaja.
5. kisah-kisah nabi dan rasul.
Entri hari ini bertajuk Mukjizat Al-Quran, iaitu tajuk kedua dalam bahagian Sirah. Terdapat tiga isi penting yang perlu difahami di dalam tajuk ini, iaitu pengertian, keistimewaan dan isi kandungan al-Quran.
Pengertian al-Quran
Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dengan perantaraan Malaikat Jibril.
Apa keistimewaan al-Quran? Sebagai seorang Islam wajib mengimaninya kerana terkandung di dalam Rukun Iman ketiga 'Beriman kepada kitab'. Seperti yang telah diketahui, al-Quran adalah mukjizat agung yang telah dianugerahkan Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Jika dibincangkan secara mendalam terlalu banyak keistimewaan al-Quran, namun perkara asas yang difikirkan logik hanya beberapa perkara yang disampaikan di sini sebagai keutamaannya;
1. kekal sehingga hari kiamat. Tidak akan ada kitab lain menggantinya.2. sebagai penawar segala penyakit. (terlalu banyak bukti)
3. keindahan gaya bahasa yang tiada tandingan. (kenyataan sahih)
4. pembaca dan pendengarnya mendapat pahala. (sudah terang lagi bersuluh)
Apa Isi kandungan al-Quran?
1. mengandungi perkara akidah dan keimanan.
2. peraturan dan undang-undang
3. perkara akhlak dan pengajaran
4. ilmu pengetahuan, tidak terhad kepada ilmu agama sahaja.
5. kisah-kisah nabi dan rasul.
Bersama fikirkan mengapa al-Quran dijadikan kitab terakhir bagi menggantikan semua kitab yang telah diturunkan Allah kepada nabi dan rasul yang lain?. Tentu ada sebab dan musababnya. Sememangnya sebagai insan biasa kita tidak akan mampu menafsirkan segala kejadianNya, namun kita juga diperintah untuk berfikir..berfikir dan berfikir....jadi, fikir-fikirkanlah....dan selamat beramal dengan al-Quran.
Selasa, 27 November 2012
Peristiwa di Gua Hira'
Pada hari Isnin, 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 masihi, ketika Nabi Muhammad SAW sedang beribadat di Gua Hira', tiba-tiba datang Malaikat Jibril membawa wahyu yang pertama. Maka berlaku dialog antara Malaikat Jibril dengan Nabi Muhammad SAW.
"Bacalah! (Wahai Muhammad)," kata Malaikat Jibril.
Nabi Muhammad SAW menjawab, "Saya tidak tahu membaca."
Jumaat, 16 November 2012
Langgan:
Catatan (Atom)
