Isnin, 26 November 2012

Adab Berjalan


Adab Berjalan
Ada tiga amalan yang perlu dilakukan dalam Adab Berjalan;
1. Sebelum berjalan
2. Ketika berjalan
3. Selepas berjalan

1. Sebelum berjalan apa yang perlu dibuat? Cuba fikir.. Dapat dah jawapan. Bagus. Memang pandai.. Ya, jawapannya ialah;
i.   memulakan dengan lafaz basmallah dan berdoa. Asas utama sebagai seorang Islam.
ii.  mulakan langkah dengan kaki kanan.
iii. pakailah pakaian yang menutup aurat.


2. Ketika / Semasa berjalan
i.   berjalan dengan tenang, sopan, cermat dan yang sewaktu dengannya...
ii.  tidak makan atau pun minum.
iii. memberi atau menjawab salam apabila bertemu dengan saudara seagama
iv. memelihara pandangan daripada perkara haram.
v.  membuang benda-benda yang boleh membahayakan orang lain.

3. Selepas berjalan
i.  ucaplah Alhamdulillah sebagai tanda syukur kita kepadaNya kerana perjalanan kita dilindungi..

Kenapa perlu berjalan dengan beradab? Apa faedah yang kita dapat?. Ada sesiapa yang boleh jawab?.... Ya, ... jawapannya senang saja.
i.  (jawapan basic), mendapat pahala.
ii.  perjalanan kita dilindungi Allah.
ii.  maruah diri terjaga
iv. menjadi contoh kepada orang lain.
v.  dihormati masyarakat

10 ulasan:

KOMEN TERKINI

MUHASABAH DIRI

DIRI SAYA

Foto saya
D20112054519 PPGPJJ UPSI 2012