Memaparkan catatan dengan label Hadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadis. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Disember 2012

Solat Jumaat

Alhamdulillah...bertemu lagi pada hari Jumaat, Penghulu segala hari. Semoga kebaikan yang dilakukan mendapat keberkatanNya. Seperti yang telah diketahui, hari Jumaat terdapat satu solat yang menjadi medan pengumpulan, pertemuan, percambahan minda dan seumpamanya segala manusia dan menjadi kewajipan mereka. Namun ada beberapa golongan mendapat pengecualiannya. Nabi Muhammad SAW bersabda; "Sembahyang Jumaat itu wajib ke atas tiap-tiap orang Muslim berjemaah kecuali empat golongan;- 1) hamba sahaya. 2) Wanita. 3) Kanak-kanak (belum baligh. 4) Orang sakit." 
(Riwayat Abu Daud & Al-Haakim)

Semoga kita tidak lalai dengan tanggungjawab yang diamanahkan dan tidak menjadi persoalan di akhirat kelak.

Ahad, 2 Disember 2012

Hadis berkaitan adab berjalan

Antara adab ketika berjalan ialah membuang sesuatu yang merbahaya atau menghalang perjalanan supaya keselamatan pengguna lain terjaga. Bersesuaian dengan hadis berikut, berita dari Abu Hurairah ra. mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda; "Ketika seseorang berjalan di suatu jalan kemudian didapatinya sepotong duri di jalan itu, lalu dibuangnya Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya".
(Sahih Bukhari)

Sangat besar pahalanya sehinggakan Allah berterima kasih..Subhanallah. Sesuatu yang mudah tapi susah diamalkan. Koreksi dan muhasabah diri

KOMEN TERKINI

MUHASABAH DIRI

DIRI SAYA

Foto saya
D20112054519 PPGPJJ UPSI 2012