RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
Tajuk : Pahala dan
Dosa
Hari :
Isnin
Tarikh : 5
November 2012
Masa : 9.40 – 10.10 pagi
Masa : 9.40 – 10.10 pagi
Tahun : 4 Perdana
Bidang :
Akidah
Hasil
Pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid dapat :
Aras
1 : menyatakan pengertian pahala
dan dosa.
Aras
2 : menyenaraikan amalan yang
mendapat ganjaran pahala dan mendapat dosa
Aras
3 : mengelaskan cara mendapatkan
pahala dan mengelak mendapat dosa.
Penerapan nilai :
Yakin, teliti.
Pengetahuan sedia ada : Murid
tahu perkara baik dan jahat.
Bahan bantu mengajar : Powerpoint,
Slaid, Kertas warna,
Gabung
jalin : Ibadah
K.B.K.K. : Banding beza, mengelaskan,
menyenaraikan
Langkah/masa
|
Isi pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Mukaddimah
(2 minit)
|
Doa Penerang hati
|
Guru menyuruh murid membaca doa
|
Murid menadah tangan dan membaca doa
bersama-sama
|
Nilai: Tawakkal
Kemahiran:
Menghafaz
|
Set induksi
(5 minit)
|
Slaid
(Gambar)
|
- Guru menayangkan slaid gambar
perbuatan baik dan tidak baik.
- Guru bertanya murid tentang gambar
yang ditayangkan.
- Guru mengaitkan
jawapan murid dengan isi pembelajaran
|
-Murid memerhati paparan slide.
-Murid memberikan jawapan.
|
Nilai:
Berani
Bersungguh-sungguh
Teknik :
Sumbangsaran
Kemahiran:
Interpersonal
Alat Bantu Mengajar:
ICT
|
Langkah 1
( 7 minit)
|
Definisi pahala:
Balasan baik yang dikurniakan Allah
kepada hambaNya kerana mentaatati perintah Allah dan meninggalkan
laranganNya.
Definisi dosa:
Balasan buruk di akhirat ke atas hamba
yang meninggalkan perintah Allah dan melakukan laranganNya.
|
-Guru bersoal jawab dengan murid
tentang pengertian pahala dan dosa.
-Guru meminta murid membaca definisi
pahala dan dosa berdasarkan paparan slide.
-Guru memberikan penerangan berkaitan
definisi pahala dan dosa.
|
- Murid memberi
jawapan mengikut pengetahuan mereka.
-Murid membaca definisi pahala daan
dosa berdasarkan paparan slide.
-Murid mendengar penerangan guru
berkaitan kedua-dua definisi.
|
Nilai:
Yakin
Patuh
Kemahiran:
Interpersonal
Kaedah:
Penerangan
Alat bantu mengajar:
ICT |
Langkah 2
( 5 minit)
|
Amalan yang mendapat pahala dan
mendapat dosa
|
-Guru bersoaljawab dengan murid
tentang amalan mendapat pahala dan dosa
- Guru menerangkan jawapan murid .
|
-Murid memberikan pelbagai jawapan.
|
Nilai:
Yakin
Kemahiran :
Mendengar
Teknik :
Sumbangsaran
|
Langkah 3
(8 minit)
|
- Tayangan slaid :
1. cara mendapat pahala
·
Menepati hukum
syarak
·
Disertai niat yang
ikhlas
·
Melakukan perkara
kebaikan
·
Meninggalkan
perkara yang dilarang
2. Cara mengelak dosa
·
Memohon
perlindungan Allah daripada godaan syaitan
·
Mematuhi nasihat
ibu bapa dan guru
·
Memilih kawan yang
berakhlak mulia
·
Berusaha menjauhi perbuatan
keji
|
- Guru menayangkan slide.
- Guru bersoaljawab dengan murid.
- Guru memberi aktiviti kumpulan
kepada murid.
-Guru memantau kerja murid.
- Guru menerangkan hasil persembahan
murid.
|
- Murid membaca tayangan slaid yang
dipaparkan.
- Murid menjawab persoalan guru.
-Murid melakukan apa yang dikehendaki
guru.
-Murid mempersembahkan hasil kumpulan
masing-masing.
|
Nilai:
Kerjasama
Sumbangsaran
Alat bantu mengajar:
ICT
Kad ayat
|
Penutup
(3 minit)
|
Pengukuhan
Lembaran aktiviti individu
|
-Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid
sebagai Pengukuhan terhadap pelajaran hari ini.
|
-Murid melakukan aktiviti secara individu.
|
Nilai:
Berminat
|
Assalamualaikum ...
BalasPadamRancangan Pengajaran Harian baik dan kemas.
Saya dapat memahaminya begitu juga murid-murid yang belajar kerana penyedian alat bantu yang menarik.
Syabas dan Tahniah....
Wa'alaikumussalam cikgu..
BalasPadamTerima kasih. Tapi penyampaiannya agak gementar jga dalam kelas..namun syukur berjaya dilaksanakan
Assalamualaikum,
BalasPadamRPHnya boleh jadi rujukan pada masa akan datang.
Wa'alaikumussalam..
PadamBoleh jadi rujukan. Tapi sebenarnya banyak yang perlu diperbaiki lagi..
SALAM..
BalasPadamSatu persediaan pengajaran yang baik. Menggalakkan murid-murid berbuat baik dan beramal. Alhamdulillah...
Wa'alaikumussalam...
BalasPadamTerima cikgu Ros, Alhamdulillah..mudah-mudahan...aamiin