Sabtu, 8 Disember 2012

Syarat Wajib Solat

Solat adalah amalan yang wajib dilakukan oleh setiap individu muslim yang mukallaf. Solat ini telah pun dipertanggungjawabkan kepada umat Nabi Muhammad SAW sewaktu baginda menjalani proses isra' dan mikraj. Dalam proses tersebut, solat yang diperintahkan dilakukan sebanyak 50 rakaat, namun dengan sifat pemurah Allah Taala dapatlah dikurangkan (berdasarkan rentetan cerita sewaktu peristiwa berlaku) dan kewajipan solat itu dilakukan hanya 5 rakaat sepertimana sekarang. Alangkah Maha Pemurahnya Allah Taala...

Bersesuaian dengan murid Tahun 4, Rasulullah SAW telah pun memerintahkan agar amalan solat sudah biasa dilakukan, jika tidak ibu bapa boleh memukul mereka. Ini telah ditegaskan oleh hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud yang bermaksud:

"Suruhlah anak kamu solat apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka apabila mereka berumur sepuluh tahun (sekiranya enggan menunaikan solat) dan pisahlah mereka tempat tidur apabila mereka berusia sepuluh tahun".

Apakah syarat wajib solat itu? Siapakah yang diperintah untuk melakukannya? 
1. Islam, tidak wajib kepada orang kafir.
2. Baligh, tidak wajib kepada kanak-kanak.
3. Berakal, tidak wajib kepada orang gila.
4. Suci daripada haid dan nifas. 

Rasulullah SAW bersabda, "Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat maka dia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkan solat maka dia telah meninggalkan agamanya". 

Oleh itu, bersama-samalah kita agar menjaga dan memelihara solat sebagai tanda 'ubudiah kepada Allah Taala.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN TERKINI

MUHASABAH DIRI

DIRI SAYA

Foto saya
D20112054519 PPGPJJ UPSI 2012