RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Tajuk               : Pahala dan Dosa
Hari                 : Isnin
Tarikh              : 5 November 2012
Masa               : 9.40 – 10.10 pagi
Tahun              : 4 Perdana
Bidang            : Akidah
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid dapat :
Aras 1        : menyatakan pengertian pahala dan dosa.
Aras 2        : menyenaraikan amalan yang mendapat ganjaran pahala dan mendapat dosa
Aras 3        : mengelaskan cara mendapatkan pahala dan mengelak mendapat dosa.
Penerapan nilai                       : Yakin, teliti.
Pengetahuan sedia ada         : Murid tahu perkara baik dan jahat.
Bahan bantu mengajar           : Powerpoint, Slaid, Kertas warna,
Gabung jalin                            : Ibadah
K.B.K.K.                                  : Banding beza, mengelaskan, menyenaraikan






Langkah/masa
Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Mukaddimah
(2 minit)
Doa Penerang hati
Guru menyuruh murid membaca doa
 Murid menadah tangan dan membaca doa bersama-sama
Nilai: Tawakkal
Kemahiran:
Menghafaz
Set induksi
(5 minit)
Slaid
(Gambar)
- Guru menayangkan slaid gambar perbuatan baik dan tidak baik.
- Guru bertanya murid tentang gambar yang ditayangkan.
- Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pembelajaran
-Murid memerhati paparan slide.

-Murid memberikan jawapan.




Nilai:
Berani
Bersungguh-sungguh

Teknik :
Sumbangsaran

Kemahiran:
Interpersonal

Alat Bantu Mengajar:
ICT
Langkah 1
( 7 minit)
Definisi pahala:
Balasan baik yang dikurniakan Allah kepada hambaNya kerana mentaatati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Definisi dosa:
Balasan buruk di akhirat ke atas hamba yang meninggalkan perintah Allah dan melakukan laranganNya.
-Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengertian pahala dan dosa.

-Guru meminta murid membaca definisi pahala dan dosa berdasarkan paparan slide.
-Guru memberikan penerangan berkaitan definisi pahala dan dosa.
- Murid memberi jawapan mengikut pengetahuan mereka.


-Murid membaca definisi pahala daan dosa berdasarkan paparan slide.

-Murid mendengar penerangan guru berkaitan kedua-dua definisi.

Nilai:
Yakin
Patuh

Kemahiran:
Interpersonal

Kaedah:
Penerangan

Alat bantu mengajar:
ICT
Langkah 2
( 5 minit)
Amalan yang mendapat pahala dan mendapat dosa
-Guru bersoaljawab dengan murid tentang amalan mendapat pahala dan dosa
- Guru menerangkan jawapan murid .
-Murid memberikan pelbagai jawapan.




Nilai:
Yakin

Kemahiran :
Mendengar

Teknik :
Sumbangsaran
Langkah 3
(8 minit)
- Tayangan slaid :
1. cara mendapat pahala
·         Menepati hukum syarak
·         Disertai niat yang ikhlas
·         Melakukan perkara kebaikan
·         Meninggalkan perkara yang dilarang
2. Cara mengelak dosa
·         Memohon perlindungan Allah daripada godaan syaitan
·         Mematuhi nasihat ibu bapa dan guru
·         Memilih kawan yang berakhlak mulia
·         Berusaha menjauhi perbuatan keji


- Guru menayangkan slide.

- Guru bersoaljawab dengan murid.


- Guru memberi aktiviti kumpulan kepada murid.
-Guru memantau kerja murid.
- Guru menerangkan hasil persembahan murid.
- Murid membaca tayangan slaid yang dipaparkan.
- Murid menjawab persoalan guru.


-Murid melakukan apa yang dikehendaki guru.
-Murid mempersembahkan hasil kumpulan masing-masing.
Nilai:
Kerjasama
Sumbangsaran



Alat bantu mengajar:
ICT
Kad ayat
Penutup
(3 minit)
Pengukuhan
Lembaran aktiviti individu
-Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid sebagai Pengukuhan terhadap pelajaran hari ini.
-Murid melakukan aktiviti secara individu.
Nilai:
Berminat



6 ulasan:

  1. Assalamualaikum ...
    Rancangan Pengajaran Harian baik dan kemas.
    Saya dapat memahaminya begitu juga murid-murid yang belajar kerana penyedian alat bantu yang menarik.
    Syabas dan Tahniah....

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumussalam cikgu..
    Terima kasih. Tapi penyampaiannya agak gementar jga dalam kelas..namun syukur berjaya dilaksanakan

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,

    RPHnya boleh jadi rujukan pada masa akan datang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam..
      Boleh jadi rujukan. Tapi sebenarnya banyak yang perlu diperbaiki lagi..

      Padam
  4. SALAM..
    Satu persediaan pengajaran yang baik. Menggalakkan murid-murid berbuat baik dan beramal. Alhamdulillah...

    BalasPadam
  5. Wa'alaikumussalam...
    Terima cikgu Ros, Alhamdulillah..mudah-mudahan...aamiin

    BalasPadam

KOMEN TERKINI

MUHASABAH DIRI

DIRI SAYA

Foto Saya
D20112054519 PPGPJJ UPSI 2012