Isnin, 24 Disember 2012

Hijrah Ke Habsyah

Islam adalah agama yang mudah dipraktikkan selagi tidak menyalahi syariatNya... 
Berubah, membuat kelainan, mencari perbezaan atau apa saja istilahnya adalah dimaksudkan dengan perkataan HIJRAH yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Maksud, tarikh, sebab, orang terlibat dan Raja yang menerima mereka yang berhijrah serta kesan hijrah dinyatakan seperti berikut;

PENGERTIAN
1. Perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain.
2. Perubahan dari suatu keadaan yang kurang baik kepada suatu keadaan yang lebih baik.

TARIKH
Hijrah Pertama berlaku pada tahun kelima kenabian, 615 masihi.
Hijrah Kedua berlaku pada tahun ketujuh kenabian bersamaan 617 masihi.

SEBAB 

HIJRAH PERTAMA;
1. Orang-orang Islam disakiti.
2. Orang Islam mendapat tentangan hebat orang Musyrikin.

HIJRAH KEDUA;
1. Orang-orang Islam terus diseksa dan dibunuh oleh orang Musyrikin.
2. Menyebarkan dakwah Islam.

ROMBONGAN TERLIBAT DENGAN HIJRAH PERTAMA;
Seramai 15 orang terlibat iaitu 10 orang lelaki dan lima orang wanita; antaranya ialah Saidina Uthman bin 'Affan, Abdul Rahman bin 'Auf, Uthman bin Mazh'un dan Zubair bin 'Awwam.

ROMBONGAN KEDUA;
Seramai 101 orang menyertainya terdiri daripada 83 orang lelaki dan 18 orang perempuan dan diketuai oleh Ja'afar bin Abi Talib. Ja'afar bin Abi Talib bertemu Raja An-Najasyi dan menerangkan tentang ajaran Islam.

KESAN
1. Raja An-Najasyi memeluk Islam.
2. Dakwah Islam semakin tersebar luas.


Hanya tinggal beberapa jejak / hari sahaja lagi kita akan berhijrah ke tahun miladiah (tahun Inggeris), walaupun tahun hijrah telah ditempuhi. Persoalan; bersediakah untuk hijrah minda menempuhi segala kemungkinan setelah berehat lama?

Tanya diri, tanya iman. Ma'assalaamah, illalliqa'....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN TERKINI

MUHASABAH DIRI

DIRI SAYA

Foto saya
D20112054519 PPGPJJ UPSI 2012