Isnin, 10 Disember 2012

Dakwah Rasulullah SAW

Setelah Rasulullah SAW dilantik menjadi rasul, baginda mula menyampaikan dakwah sebagai tanda ketaataan kepada Allah. Proses dakwah Rasulullah SAW terbahagi kepada dua peringkat iaitu; dakwah secara sulit (rahsia) dan dakwah secara terang (terbuka).

1. Dakwah secara sulit (rahsia)

   Sebab dilakukan secara sulit / rahsia kerana tidak mahu orang kafir Quraisy mengetahui adanya agama baru selain agama nenek moyang mereka dan mereka tidak terkejut dengan seruan Rasulullah SAW serta sebagai strategi dakwah Rasulullah SAW ketika itu. Proses dakwah ini berjalan selama tiga tahun dan hanya tiga puluh orang yang menerima dakwah Rasulullah SAW.
Dakwah Rasulullah SAW yang utama adalah mengajak mereka untuk beriman kepada Allah Taala dan meninggalkan penyembahan  berhala serta menyuruh melakukan kebaikan. Dakwah Rasulullah SAW telah dilakukan di rumah sahabat yang bernama Al-Arqam bin Abi Al-Arqam Al-Makhzumi.

Antara orang yang terawal memeluk Islam ialah;
1. Khadijah binti Khuwailid
2. Abu Bakar As-Siddiq
3. Ali bin Abi Talib
4. Zaid bin Harithah
5. Ummu Aiman

2. Dakwah secara terang (terbuka)
   Setelah mendapat perintah Allah, Rasulullah SAW menyampaikan dakwah baginda secara terang atau terbuka dengan mengadakan beberapa pertemuan kepada ahli keluarga. Kemudian seruan di tempat-tempat  awam dan akhirnya mengumpulkan kaum Quraisy di Bukit Safa. Baginda menyeru mereka supaya beriman kepada Allah Taala dan mengakui kerasulan baginda. Tetapi mereka menolak terutama Abu Jahal dan Abu Lahab. Namun baginda tidak berputus asa. Dengan keyakinan kaum Quraisy terhadap dakwah Rasulullah SAW terhadap ajaran yang dibawa baginda, sedikit demi sedikit mereka menerimanya dan akhirnya ramai penduduk Mekah memeluk Islam. 

Demikian bermula seruan Rasulullah SAW sehingga meratai ke seantero dunia sehingga kini...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN TERKINI

MUHASABAH DIRI

DIRI SAYA

Foto saya
D20112054519 PPGPJJ UPSI 2012