AKTIVITI PANITIA


Senyuman anak murid yang berjaya khatam Al-Quran tahun ini... Alhamdulillah Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan dengan baik walaupun terdapat masalah teknikal seperti penggunaan LCD tidak berfungsi menyebabkan tayangan slide backdrop majlis agak kurang serinya. Begitu juga masalah PA Sistem yang agak payah untuk 'dimesrakan' dan mengambil masa untuk berfungsi baik. Namun masalah tersebut merupakan ujian bagi ustaz dan ustazah agar bersabar dan memberikan gambaran agar sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama.







Alhamdulillah... Aktiviti penutup panitia untuk tahun 2012 berjaya dilaksanakan walaupun dalam keadaan hujan lebat. Tapi sebenarnya itulah rahmat dariNya sempena tahun baru hijrah...

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum... Tahniah kerana saudari dan warga sekolah kerana telah berjaya juga mengadakan majlis tersebut walaupun terdapat kekangan yang ada namun usaha dan nilai murni untuk menanamkan minat murid mencintai ayat-ayat al-Quran merupakan antara amalan terpuji di sisi Allah S.W.T.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam...Alhamdulillah, pelaksanaan majlis merupakan penyatuan ilham dan kehendak pentadbir bersama GPI dan jQAF. Dan yang paling penting ianya pengukuran pencapaian GPI dan jQAF dalam melaksanakan PdP dalam bilik darjah...

      Padam
  2. Assalamualaikum...Tahniah kepada anak murid ustazah yang telah berjaya khatam Al-Quran tahun ini. Tahniah juga kepada ustazah kerana telah berjaya menjalankan program ini.

    BalasPadam
  3. Wa'alaikumussalam. .terima kasih..pengalaman berharga murid untuk dikenang

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum,
    Ustazah, tahniah satu aktiviti yang bagus, semoga mendapat rahmat dariNya. Amin...Semoga maju jaya dan sukses selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam cikgu Ros,
      Terima kasih atas respons cikgu...ya, mudah-mudahan cikgu...aamiin.

      Padam

KOMEN TERKINI

MUHASABAH DIRI

DIRI SAYA

Foto saya
D20112054519 PPGPJJ UPSI 2012