Rabu, 30 Januari 2013

PdP Tahun 4 dikeluarkan

Maklumat terkini yang diterima setelah sebulan mengajar murid Tahun 4 agak mengecewakan berikutan jadual waktu mengajar (jana3; terkini) iaitu PdP Pendidikan Islam Tahun 4 telah diambilalih sepenuhnya oleh guru lain. Oleh itu saya tidak terlibat lagi di dalam mengajar murid Tahun 4 kerana memberikan tumpuan kepada murid-murid Tahun 1,2,3.5 dan 6 dengan bilangan waktu mengajar 30 seminggu. 

Semoga dengan pertambahan waktu (30) ini masih mampu bertahan dengan pelbagai isu dan masalah yang timbul. Dan tidak lain pergantungan sepenuhnya hanya padaMu Ya Allah...berilah aku kekuatan hati, kedamaian, kesabaran dan ketabahan di dalam mencurah bakti, mendidik murid agar mampu menjadi insan kamil  cemerlang dunia akhirat... aamiin

Rabu, 23 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 H

Walau tidak pernah bersua,
Hanya nama terpahat di minda,
Engkau lah Kekasih yang mulia,
Selawat dan salam ke atas baginda.

Papar ke KK berulang alik,
Kesibukan jalan perkara biasa,
Maulidur Rasul satu simbolik,
Mengenang kelahiran junjungan baginda,

Berarak berselawat janganlah jemu,
Mengharap ganjaran sepenuh jiwa,
Andai dapat bisa bertemu,
Tiada ungkapan seindah kata....

Engkaulah Junjungan Mulia, Kekasih Utama,
Muhammad Rasulullah...

Sabtu, 19 Januari 2013

Perubahan Waktu PdP

Setelah 19 hari memasuki tahun 2013, banyak perubahan yang dihadapi. Antaranya, PdP Tahun 4 dikurangkan kerana komitmen dilebihkan kepada Tahun 6 atas arahan GB. Justeru, PdP Tahun 4 hanya fokus 2 waktu sahaja. Namun tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi semua pihak. Insya Allah....mudah-mudahan terus diberikan kesihatan agar semua aktiviti dapat dijalankan secara teratur..Aamiin.

Sabtu, 5 Januari 2013

Minggu Awal Persekolahan vs Exam Akhir

Entri yang mencabar diri dengan mula kesibukan di minggu awal persekolahan dengan senarai tugasan yang melelahkan dan persediaan peperiksaan akhir semester. Walaupun sepatutnya segala persiapan telah dilakukan sepanjang cuti lepas, namun masih terdapat keralatan untuk men'serasi'kan keadaan...

Berusaha untuk menwujudkan situasi menang-menang... diharap berhasil dan memberikan kesan mendalam agar menjadi pengalaman berharga buat kenangan...

Hanya sebagai peringatan, jaga segala tindak tanduk dan pertuturan agar tidak menjadi gossip yang menjahanamkan kerana mula mendapat perhatian.

Semoga peperiksaan akhir semester membuktikan keupayaan yang telah dilakukan...

Hanya PadaMu Ya Allah Ku Mohon dan Panjatkan Kekuatan Fizikal dan Mental, Perlindungan serta Keupayaan Untuk Menjawab Soalan Yang Dikemukakan...aamiin.

KOMEN TERKINI

MUHASABAH DIRI

DIRI SAYA

Foto saya
D20112054519 PPGPJJ UPSI 2012