Selasa, 27 November 2012

Peristiwa di Gua Hira'


Pada hari Isnin, 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 masihi, ketika Nabi Muhammad SAW sedang beribadat di Gua Hira', tiba-tiba datang Malaikat Jibril membawa wahyu yang pertama. Maka berlaku dialog antara Malaikat Jibril dengan Nabi Muhammad SAW.
"Bacalah! (Wahai Muhammad)," kata Malaikat Jibril.
Nabi Muhammad SAW menjawab, "Saya tidak tahu membaca."


Selepas itu, Malaikat Jibril memeluk Nabi Muhammad SAW dengan sekuat-kuatnya sehingga baginda sukar bernafas. Kemudian dilepaskan tetapi diulanginya supaya Nabi Muhammad SAW membaca sekali lagi. Jawapan yang sama telah diberikan oleh Nabi Muhammad SAW bahawa baginda tidak tahu membaca. Nabi berasa gementar lalu baginda bertanya, "Apa yang saya hendak baca?" Malaikat Jibril menjawab, "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Ia menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Mulia, yang mengajar manusia menulis dengan pena. Tuhan mengajar manusia perkara-perkara yang tidak diketahuinya". (Surah al-'Alaq ayat 1-5).
Nabi Muhammad SAW pun membaca apa yang diajarkan oleh Malaikat Jibril. Setelah itu Malaikat Jibril menghilangkan diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN TERKINI

MUHASABAH DIRI

DIRI SAYA

Foto saya
D20112054519 PPGPJJ UPSI 2012