Selasa, 20 November 2012

Beriman kepada Qadha dan Qadar


Bahagian Asas Ulum Syar'iyyah, Beriman kepada Qadha dan Qadar adalah tajuk awal dalam pelajaran Aqidah. Ada perkara yang perlu diketahui iaitu Qadha dan Qadar. Apa itu Qadha? Qadha ialah ketentuan sesuatu perkara yang telah, sedang atau akan berlaku ke atas seseorang kesemuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali. Contohnya; jodoh pertemuan, soal hidup dan mati, ketentuan rezeki dan lain-lain.
Qadar pula ialah pelaksanaan ke atas sesuatu perkara sama ada baik atau buruk kesemuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali. Contohnya; Farhan berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun lepas.

Dalil tentang Qadha dan Qadar ada disebut di dalam Surah Al-Qamar ayat 49 yang berbunyi; Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan.

Faedah Beriman kepada Qadha dan Qadar;
  • seseorang itu akan redha dengan ketentuan Allah
  • dapat menanamkan sifat sabar menghadapi ujian
  • dapat mengukuhkan keimanan
  • mendapat ganjaran pahala
Akibat Tidak Beriman kepada Qadha dan Qadar;
  • menjadi malas untuk berusaha
  • mudah kecewa dan putus asa
  • jauh daripada rahmat Allah
Sebagai seorang Islam kita wajib beriman dan yakin kepada Qadha dan Qadar. Mudah-mudahan Allah sentiasa menurunkan rahmatNya dan memelihara diri kita daripada terpesong dengan perkara-perkara yang dibenciNya... Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN TERKINI

MUHASABAH DIRI

DIRI SAYA

Foto saya
D20112054519 PPGPJJ UPSI 2012