10 Perkara Yang Membatalkan Syahadat:
1. syirik dalam beribadah kepada Allah SWT.
2. Bertawassul kepada makhluk.
3. tidak mengkafirkan orang yang telah nyata kafirnya.
4. mereka yang lebih berkeyakinan bahawa ideologi di dunia ini lebih baik dari apa yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW.
5. membenci apa yang dikatakan sebagai sunnah Rasulullah SAW.
6. agama dan hukum Islam menjadi bahan sendaan atau mainan.
7. menilik nasib dan bermain sihir.
8. membantu orang kafir dalam menentang Islam.
9. percaya bahawa keluar dari agama Islam dan memasuki agama lain tidak menjadi kesalahan kerana
semua agama adalah sama.
10. menolak sebahagian daripada hukum agama Islam.
Bersama kita renungkan dengan apa yang berlaku kepada umat sekarang...
Ilmu itu MilikNya. Tugas hamba hanyalah untuk meneroka, menyampai dan mengamal di sepanjang usia yang masih berbaki....
Khamis, 6 Disember 2012
Rabu, 5 Disember 2012
Izhar Halqi
Entri khusus bahagian tajwid iaitu Izhar Halqi. Apa itu Izhar Halqi? Masih ingat lagi tentang hukum asas tajwid iaitu nun sakinah dan tanwin bertemu hukum lima?. Baik. Kita lanjutkan penerangannya. Izhar Halqi ialah apabila nun sakinah atau tanwin bertemu huruf Izhar, hukumnya dibaca dengan jelas tanpa dengung. Sebab Izhar itu sendiri membawa makna jelas atau terang.
Huruf Izhar Halqi ada 6 iaitu; â Ñ Í ½ » §
Contoh ayat (Nun Sakinah)

Contih ayat (Tanwin)

Rujukan contoh ayat diambil dari ;
http://tupipurak.blogspot.com/2011/01/hukum-nun-mati-dan-tanwin-izhar-halqi.html
Huruf Izhar Halqi ada 6 iaitu; â Ñ Í ½ » §
Contoh ayat (Nun Sakinah)
Contih ayat (Tanwin)
http://tupipurak.blogspot.com/2011/01/hukum-nun-mati-dan-tanwin-izhar-halqi.html
Selasa, 4 Disember 2012
Adab Berjiran
Pendidikan Islam Tahun 4 Bahagian Adab dan Akhlak Islamiah, Adab Berjiran adalah tajuk ke 6 daripada 8 tajuk keseluruhannya. Hidup manusia di dunia ini pastilah tinggal dan menetap di dalam sesuatu kawasan yang mempunyai jiran. Justeru, bagaimana kita mengadaptasi situasi hidup berjiran ini? Pastinya seronok apabila mendapat jiran yang baik, tetapi sebaliknya bagaimana?...Jawapan ada pada diri sendiri. Kalau mahu yang terbaik pastikan kita juga berikan yang terbaik.. Betul?!
Baik. Kita teliti adab-adab berjiran di bawah;
1. sentiasa bermanis muka.
2. memberikan bantuan apabila diperlukan.
3. saling menghormati dan berbaik sangka.
4. bertolak ansur dan saling bermaafan.
5. memberi keutamaan jiran terdekat
6. mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka.
7. mengucapkan takziah ketika ditimpa musibah
8. mendoakan keselamatan dan kejayaan mereka
Dari Abu Hurairah ra, katanya Nabi Muhammad SAW bersabda; "Tidak akan dapat masuk syurga orang yang tidak membuat tetangganya berasa aman dari perangainya yang tidak senonoh". (Sahih Muslim)
Bersama fikirkan...koreksi dan muhasabah diri.
Langgan:
Catatan (Atom)
