Salam perpisahan 2012 dan selamat datang 2013...
Apa pencapaian yang telah dilakukan sepanjang tahun 2012?
Berpuas hati atau tidak? ....;)
Adakah kesinambungannya untuk 2013? ...;)
Dan apa pula strategi untuk penambahbaikan?
Fikir dan renungkan....
Ilmu itu MilikNya. Tugas hamba hanyalah untuk meneroka, menyampai dan mengamal di sepanjang usia yang masih berbaki....
Isnin, 31 Disember 2012
Isnin, 24 Disember 2012
Hijrah Ke Habsyah
Islam adalah agama yang mudah dipraktikkan selagi tidak menyalahi syariatNya...
Berubah, membuat kelainan, mencari perbezaan atau apa saja istilahnya adalah dimaksudkan dengan perkataan HIJRAH yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Maksud, tarikh, sebab, orang terlibat dan Raja yang menerima mereka yang berhijrah serta kesan hijrah dinyatakan seperti berikut;Jumaat, 21 Disember 2012
Amalan Sunat Hari Jumaat
ÉMB·fIËɼ»AÒÀYiËÁ¸Î»§ÂÝn»A
Bertemu lagi di hari Jumaat, hari yang sangat diberkatiNya....
Amat tertarik dengan rancangan 30 minit Ustaz Don membincangkan tentang amalan sunat Jumaat. Sunat membawa maksud dilakukan dapat pahala dan ditinggalkan tidak mendapat apa-apa. Jadi, pilihan di tangan masing-masing, tidak ada paksaan.
Apakah amalan sunat yang disebutkan itu?. Sangat mudah untuk dilakukan....Mari teliti bersama dan amalkannya, Insya Allah......
Khamis, 20 Disember 2012
Takwim Persekolahan 2013
PERINCIAN
PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL
KUMPULAN A:
Sekolah-sekolah
di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
Tahun 2013
PENGGAL
|
MULA
PERSEKOLAHAN
|
AKHIR
PERSEKOLAHAN
|
JUMLAH
HARI
|
JUMLAH
MINGGU
|
1
|
01.01.2013
01.02.2013
01.03.2013
|
31.01.2013
28.02.2013
21.03.2013
|
23
20
15
|
12
|
JUMLAH HARI
|
58
|
|||
CUTI
PERTENGAHAN PENGGAL 1
|
1
|
|||
22.03.2013
|
30.03.2013
|
9
|
||
31.03.2013
01.04.2013
01.05.2013
|
30.04.2013
23.05.2013
|
1
22
17
|
8
|
|
JUMLAH HARI
|
40
|
|||
CUTI
PERTENGAHAN TAHUN
|
2
|
|||
24.05.2013
|
08.06.2013
|
16
|
||
09.06.2013
01.07.2013
01.08.2013
|
30.06.2013
31.07.2013
05.08.2013
|
16
23
3
|
9
|
|
JUMLAH HARI
|
42
|
|||
2
|
CUTI
PERTENGAHAN PENGGAL 2
|
1
|
||
06.08.2013
|
17.08.2013
|
12
|
||
18.08.2013
01.09.2013
01.10.2013
01.11.2013
|
31.08.2013
30.09.2013
31.10.2013
14.11.2013
|
10
22
23
10
|
13
|
|
JUMLAH HARI
|
65
|
|||
CUTI AKHIR
TAHUN
|
6
|
|||
15.11.2013
|
31.12.2013
|
47
|
||
289
|
52
|
|||
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti
Am 205
|
||||
Jumlah Hari Cuti Penggal
|
84
|
PERINCIAN
PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL
KUMPULAN B:
Sekolah-sekolah
di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,
Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan &
Putrajaya
Tahun 2013
PENGGAL
|
MULA
PERSEKOLAHAN
|
AKHIR
PERSEKOLAHAN
|
JUMLAH
HARI
|
JUMLAH
MINGGU
|
1
|
02.01.2013
01.02.2013
01.03.2013
|
31.01.2013
28.02.2013
22.03.2013
|
22
20
16
|
12
|
JUMLAH HARI
|
58
|
|||
CUTI
PERTENGAHAN PENGGAL 1
|
1
|
|||
23.03.2013
|
31.03.2013
|
9
|
||
01.04.2013
01.05.2013
|
30.04.2013
24.05.2013
|
22
18
|
8
|
|
JUMLAH HARI
|
40
|
|||
CUTI
PERTENGAHAN TAHUN
|
2
|
|||
25.05.2013
|
09.06.2013
|
16
|
||
2
|
10.06.2013
01.07.2013
01.08.2013
|
30.06.2013
31.07.2013
06.08.2013
|
15
23
4
|
9
|
JUMLAH HARI
|
42
|
|||
CUTI
PERTENGAHAN PENGGAL 2
|
1
|
|||
07.08.2013
|
18.08.2013
|
12
|
||
19.08.2013
01.09.2013
01.10.2013
01.11.2013
|
31.08.2013
30.09.2013
31.10.2013
15.11.2013
|
10
21
23
11
|
13
|
|
JUMLAH HARI
|
65
|
|||
CUTI AKHIR
TAHUN
|
6
|
|||
16.11.2013
|
01.01.2014
|
47
|
||
289
|
52
|
|||
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti
Am
|
205
|
|||
Jumlah Hari Cuti Penggal
|
84
|
Sumber : KPM
Jumaat, 14 Disember 2012
Solat Jumaat
Alhamdulillah...bertemu lagi pada hari Jumaat, Penghulu segala hari. Semoga kebaikan yang dilakukan mendapat keberkatanNya. Seperti yang telah diketahui, hari Jumaat terdapat satu solat yang menjadi medan pengumpulan, pertemuan, percambahan minda dan seumpamanya segala manusia dan menjadi kewajipan mereka. Namun ada beberapa golongan mendapat pengecualiannya. Nabi Muhammad SAW bersabda; "Sembahyang Jumaat itu wajib ke atas tiap-tiap orang Muslim berjemaah kecuali empat golongan;- 1) hamba sahaya. 2) Wanita. 3) Kanak-kanak (belum baligh. 4) Orang sakit."
(Riwayat Abu Daud & Al-Haakim)
Semoga kita tidak lalai dengan tanggungjawab yang diamanahkan dan tidak menjadi persoalan di akhirat kelak.
Khamis, 13 Disember 2012
Mencari Keredhaan Allah
An-Nasa'i meriwayatkan dari Abu Hurairah ra katanya, Nabi Muhammad SAW bersabda; "Sesiapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah, tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat".
Sesungguhnya mempelajari sesuatu ilmu itu terutama sekali ilmu agama bukanlah sebagai perhiasan semata-mata atau ingin mendapat keuntungan dunia, namun untuk menyampaikan kepada golongan yang tidak mengetahui agar hasilnya dapat dituai di akhirat kelak. Mudah-mudahan segala yang dicurahkan mendapat keberkatanNya...aamiin..
Khamis
KHAMIS...Apa yang berlaku pada hari ini?
1. Nabi Ibrahim as memasuki kerajaan Mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusuf as menemuinya.
3. Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf as di Mesir.
4. Nabi Yaakub as bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf as di Mesir.
5. Nabi Musa as. memasuki Mesir.
6. Nabi Muhammad SAW memasuki kaabah.
1. Nabi Ibrahim as memasuki kerajaan Mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusuf as menemuinya.
3. Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf as di Mesir.
4. Nabi Yaakub as bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf as di Mesir.
5. Nabi Musa as. memasuki Mesir.
6. Nabi Muhammad SAW memasuki kaabah.
Rabu, 12 Disember 2012
4 Ibu
Tahniah diucapkan kepada "ibu" yang sinonim dengan wanita. Apa yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW berkaitan "ibu" ini? Nabi Muhammad SAW bersabda; "Ada 4 dipandang sebagai ibu iaitu ibu segala ubat, ibu dari semua adab, ibu dari seluruh ibadat dan ibu dari segenap cita-cita. Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan, ibu dari semua adab adalah sedikit bercakap, ibu dari seluruh ibadat adalah takut berbuat dosa dan ibu dari segenap cita-cita adalah sifat sabar".
Sangat cantik tafsiran Rasulullah berkaitan "ibu" di atas. Sebagai muslim sudah menjadi kewajipan di dalam setiap amalan..
Selasa, 11 Disember 2012
SGN II
Dengan kemajuan teknologi dan inovasi kini, kehidupan semakin maju. Hanya kreatifkan diri mencipta pelbagai inovasi untuk negara bertuah Malaysia ku tercinta.... cerita selanjutnya di Reka Wonderland Malaysia bersama SGN II
Peringatan dari Malaikat Jibril
Telah diriwayatkan bahawa Malaikat Jibril pernah berkata kepada Nabi Muhammad SAW; "Hai, Muhammad!. Hiduplah engkau sesuka hatimu tapi ingat bahawa engkau akan mati. Cintailah sesiapa yang engkau sukai tapi ingat bahawa engkau akan berpisah dengannya. Dan buatlah apa yang engkau mahu tapi ingat bahawa engkau akan menerima balasan atas perbuatanmu itu".
Bersama renungkan apa yang telah diperingatkan. Semoga mendapat manfaat...Insya Allah.
Isnin, 10 Disember 2012
Dakwah Rasulullah SAW
Setelah Rasulullah SAW dilantik menjadi rasul, baginda mula menyampaikan dakwah sebagai tanda ketaataan kepada Allah. Proses dakwah Rasulullah SAW terbahagi kepada dua peringkat iaitu; dakwah secara sulit (rahsia) dan dakwah secara terang (terbuka).
1. Dakwah secara sulit (rahsia)
Sebab dilakukan secara sulit / rahsia kerana tidak mahu orang kafir Quraisy mengetahui adanya agama baru selain agama nenek moyang mereka dan mereka tidak terkejut dengan seruan Rasulullah SAW serta sebagai strategi dakwah Rasulullah SAW ketika itu. Proses dakwah ini berjalan selama tiga tahun dan hanya tiga puluh orang yang menerima dakwah Rasulullah SAW.
Ahad, 9 Disember 2012
iPhone 5 - Blue Cube
Mencuba sesuatu yang baru....
iPhone 5 - Blue Cube
iPhone 5 - Blue Cube
Sabtu, 8 Disember 2012
Syarat Wajib Solat
Solat adalah amalan yang wajib dilakukan oleh setiap individu muslim yang mukallaf. Solat ini telah pun dipertanggungjawabkan kepada umat Nabi Muhammad SAW sewaktu baginda menjalani proses isra' dan mikraj. Dalam proses tersebut, solat yang diperintahkan dilakukan sebanyak 50 rakaat, namun dengan sifat pemurah Allah Taala dapatlah dikurangkan (berdasarkan rentetan cerita sewaktu peristiwa berlaku) dan kewajipan solat itu dilakukan hanya 5 rakaat sepertimana sekarang. Alangkah Maha Pemurahnya Allah Taala...
Bersesuaian dengan murid Tahun 4, Rasulullah SAW telah pun memerintahkan agar amalan solat sudah biasa dilakukan, jika tidak ibu bapa boleh memukul mereka. Ini telah ditegaskan oleh hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud yang bermaksud:
"Suruhlah anak kamu solat apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka apabila mereka berumur sepuluh tahun (sekiranya enggan menunaikan solat) dan pisahlah mereka tempat tidur apabila mereka berusia sepuluh tahun".
"Suruhlah anak kamu solat apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka apabila mereka berumur sepuluh tahun (sekiranya enggan menunaikan solat) dan pisahlah mereka tempat tidur apabila mereka berusia sepuluh tahun".
Apakah syarat wajib solat itu? Siapakah yang diperintah untuk melakukannya?
1. Islam, tidak wajib kepada orang kafir.
2. Baligh, tidak wajib kepada kanak-kanak.
3. Berakal, tidak wajib kepada orang gila.
4. Suci daripada haid dan nifas.
Rasulullah SAW bersabda, "Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat maka dia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkan solat maka dia telah meninggalkan agamanya".
Oleh itu, bersama-samalah kita agar menjaga dan memelihara solat sebagai tanda 'ubudiah kepada Allah Taala.
Jumaat, 7 Disember 2012
Mukjizat Al-Quran
Salam Jumaat...
Pengertian al-Quran
2. sebagai penawar segala penyakit. (terlalu banyak bukti)
3. keindahan gaya bahasa yang tiada tandingan. (kenyataan sahih)
4. pembaca dan pendengarnya mendapat pahala. (sudah terang lagi bersuluh)
Apa Isi kandungan al-Quran?
1. mengandungi perkara akidah dan keimanan.
2. peraturan dan undang-undang
3. perkara akhlak dan pengajaran
4. ilmu pengetahuan, tidak terhad kepada ilmu agama sahaja.
5. kisah-kisah nabi dan rasul.
Entri hari ini bertajuk Mukjizat Al-Quran, iaitu tajuk kedua dalam bahagian Sirah. Terdapat tiga isi penting yang perlu difahami di dalam tajuk ini, iaitu pengertian, keistimewaan dan isi kandungan al-Quran.
Pengertian al-Quran
Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dengan perantaraan Malaikat Jibril.
Apa keistimewaan al-Quran? Sebagai seorang Islam wajib mengimaninya kerana terkandung di dalam Rukun Iman ketiga 'Beriman kepada kitab'. Seperti yang telah diketahui, al-Quran adalah mukjizat agung yang telah dianugerahkan Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Jika dibincangkan secara mendalam terlalu banyak keistimewaan al-Quran, namun perkara asas yang difikirkan logik hanya beberapa perkara yang disampaikan di sini sebagai keutamaannya;
1. kekal sehingga hari kiamat. Tidak akan ada kitab lain menggantinya.2. sebagai penawar segala penyakit. (terlalu banyak bukti)
3. keindahan gaya bahasa yang tiada tandingan. (kenyataan sahih)
4. pembaca dan pendengarnya mendapat pahala. (sudah terang lagi bersuluh)
Apa Isi kandungan al-Quran?
1. mengandungi perkara akidah dan keimanan.
2. peraturan dan undang-undang
3. perkara akhlak dan pengajaran
4. ilmu pengetahuan, tidak terhad kepada ilmu agama sahaja.
5. kisah-kisah nabi dan rasul.
Bersama fikirkan mengapa al-Quran dijadikan kitab terakhir bagi menggantikan semua kitab yang telah diturunkan Allah kepada nabi dan rasul yang lain?. Tentu ada sebab dan musababnya. Sememangnya sebagai insan biasa kita tidak akan mampu menafsirkan segala kejadianNya, namun kita juga diperintah untuk berfikir..berfikir dan berfikir....jadi, fikir-fikirkanlah....dan selamat beramal dengan al-Quran.
Langgan:
Catatan (Atom)