Rabu, 6 Februari 2013

Adab Bertanya

Pepatah mengatakan, malu bertanya sesat jalan. Ada benarnya dan merupakan salah satu daripada perkara-perkara yang akan dibincangkan di dalam tajuk kali ini. Insya Allah...
Baik. Saya dahului dengan satu situasi yang sering berlaku di sekolah. Murid masuk ke bilik guru kerana diarah mengambil sesuatu; buku latihan murid kebiasaannya. Bagi murid yang telah arif dengan keadaan dan suasana di bilik guru, setelah menerima arahan tersebut dengan pantas dapat memenuhi kehendak guru (dapat mengambil buku sepertimana yang diarahkan).

Namun sebaliknya berbeza bagi murid yang tidak memahami keadaan di bilik guru, apatah lagi untuk mengetahui kedudukan meja guru. Justeru, anda akan dapat bayangkan apa yang berlaku kepada murid tersebut. Pilihan jawapan yang mungkin anda fikirkan;
1. Murid bijak akan bertanya guru lain yang berada di dalam bilik tersebut.
2. Murid pemalu akan berlegar-legar di dalam bilik guru tersebut sehingga dirinya disedari oleh guru lain yang prihatin dan bertanya apa masalahnya.
3. Murid ketiga ini apabila sampai di bilik guru tanpa sebarang reaksi terus sahaja balik ke kelas dan mengatakan kepada guru, "saya tidak tahu". (Guru pun garu kepala...) ;)
4. Apa yang anda fikirkan tidak sama dengan jawapan di atas...

Apabila situasi di atas berlaku, guru dengan sebijaknya memainkan peranan menerapkan adab dan nilai yang baik agar murid mampu mengamalkan dan mengadaptasi adab-adab berdasarkan situasi.

Bagi murid Tahun 4, pilihan jawapan 1 dan 2 berlaku terhadap murid saya yang berada di kelas perdana. Kenapa termasuk pilihan jawapan 2 kepada murid kelas perdana? Kita sedia maklum sikap dan tingkah laku murid pelbagai. Dan murid itu sebenarnya berpotensi untuk melakukan apa yang terbaik bagi dirinya, cuma keliru dengan keadaan. Berdasarkan andaian apa saya berkata demikian? Murid itu hanya bersikap pemalu apabila berada di sekolah, tetapi apabila di rumah mereka boleh berkomunikasi bersama ahli keluarga tanpa batasan. Itulah jawapan yang saya terima daripada pihak ibu bapa apabila diajukan anak mereka bersikap pendiam di sekolah. Oleh itu, peranan guru untuk mencari kelebihan dan mengembangkan potensi murid berdasarkan arah yang betul.

Adab-Adab Bertanya
1. Memberi salam sebelum bertanya.
2. Minta izin sebelum bertanya.
(Kenapa perlu minta izin?). Sebagai tanda menghormati "privacy" seseorang.
3. Bertanya dengan ikhlas.
4. Menggunakan bahasa yang sopan.
5. Pertanyaan yang munasabah dan sesuai.
6. Pertanyaan yang tidak menyinggung.
7. Mengucapkan terima kasih selepas bertanya.

Perkara yang nampak mudah tapi payah diamalkan...

Tepuk dada tanya iman.
Wallaahua'lam.

KOMEN TERKINI

MUHASABAH DIRI

DIRI SAYA

Foto saya
D20112054519 PPGPJJ UPSI 2012