Jumaat, 30 November 2012

Rahsia Jumaat


Salam Jumaat....Hari ini entri yang semua sudah mengetahuinya iaitu rahsia Jumaat. Peristiwa apa yang berlaku pada hari Jumaat? Kita 'refresh' ingatan yang sering lupa ni ya....  Baik. Peristiwa hari Jumaat yang berkaitan dengan perkahwinan (khusus para nabi dan sahabat), juga maklumlah musim cuti sekolah sekarang ni, ramai yang telah rancang untuk membina masjid..alhamdulillah, termasuk salah seorang kawan sekolah dulu di SMAIP & MPKS (tahniah). Berikut perkahwinan para nabi dan sahabat;
1. Nabi Adam as. berkahwin dengan Hawa.
2. Nabi Yususf as berkahwin dengan Zulaikha.
3. Nabi Musa as. berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Shuib as.
4. Nabi Sulaiman as. berkahwin dengan Siti Balqis.
5. Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga 'Aisyah.
6. Ali bin Abi Talib berkahwin dengan Fatimah.

Untuk peristiwa lain. saya akan tambah di lain kesempatan...Insya Allah

Khamis, 29 November 2012

Sifat-Sifat Allah

Unit 1 : Wahdaniah Allah

Maksud Wahdaniah ialah Allah bersifat Maha Esa atau tunggal. Ertinya zat, sifat, dan perbuatan Allah tidak serupa dengan perbuatan makhluk ciptaanNya.
Dalil Wahdaniah terdapat di dalam Surah al-Ikhlas ayat 1 yang bermaksud; Katakanlah (wahai Muhammad) Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa.

Apa kesan beriman dengan sifat Wahdaniah Allah? Antaranya ialah;
1. taat perintah Allah
2. menjauhkan diri daripada larangan Allah
3. tidak menyekutukan Allah

Akibat tidak beriman dengan Wahdaniah Allah;
1. suka melakukan maksiat
2. mensyirikkan Allah
3. mendapat kemurkaan Allah
4. mengingkari perintah Allah


Rabu, 28 November 2012

Tanda Baca


Entri hari ini berkaitan tanda baca. Apa tanda baca yang anda tahu?.. Ya, betul. Tanda baca asas seperti noktah, koma, soal, seru, noktah bertindih dan tanda petik / pengikat kata.


تندا نقطه

تندا كوما
?

تندا سؤال

!
تندا سرو
:
تندا نقطه برتينديه
” “
تندا فتيق / فغيكت كات

Apa yang merisaukan saya ialah murid tidak tahu baca perkataan jawi. Jadi apabila soalan mudah saya beri tentang padankan tanda baca, memang habis, tak boleh jawab. Ni yang kena buat kajian tindakan ni...Insya Allah

Selasa, 27 November 2012

Peristiwa di Gua Hira'


Pada hari Isnin, 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 masihi, ketika Nabi Muhammad SAW sedang beribadat di Gua Hira', tiba-tiba datang Malaikat Jibril membawa wahyu yang pertama. Maka berlaku dialog antara Malaikat Jibril dengan Nabi Muhammad SAW.
"Bacalah! (Wahai Muhammad)," kata Malaikat Jibril.
Nabi Muhammad SAW menjawab, "Saya tidak tahu membaca."

Isnin, 26 November 2012

Adab Berjalan


Adab Berjalan
Ada tiga amalan yang perlu dilakukan dalam Adab Berjalan;
1. Sebelum berjalan
2. Ketika berjalan
3. Selepas berjalan

1. Sebelum berjalan apa yang perlu dibuat? Cuba fikir.. Dapat dah jawapan. Bagus. Memang pandai.. Ya, jawapannya ialah;
i.   memulakan dengan lafaz basmallah dan berdoa. Asas utama sebagai seorang Islam.
ii.  mulakan langkah dengan kaki kanan.
iii. pakailah pakaian yang menutup aurat.

Rabu, 21 November 2012

Info Ibadat


Bersuci daripada Najis
Pengertian bersuci ialah membersihkan tubuh badan, pakaian, dan persekitaran daripada najis dan hadas.

Pengertian Najis
Benda-benda kotor pada syara' yang menyebabkan ibadat seseorang itu tidak sah.

Selasa, 20 November 2012

Beriman kepada Qadha dan Qadar


Bahagian Asas Ulum Syar'iyyah, Beriman kepada Qadha dan Qadar adalah tajuk awal dalam pelajaran Aqidah. Ada perkara yang perlu diketahui iaitu Qadha dan Qadar. Apa itu Qadha? Qadha ialah ketentuan sesuatu perkara yang telah, sedang atau akan berlaku ke atas seseorang kesemuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali. Contohnya; jodoh pertemuan, soal hidup dan mati, ketentuan rezeki dan lain-lain.
Qadar pula ialah pelaksanaan ke atas sesuatu perkara sama ada baik atau buruk kesemuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali. Contohnya; Farhan berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun lepas.

Isnin, 19 November 2012

Keputusan UPSR


Entri hari ini menjurus kepada keputusan UPSR yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak berkaitan. Bagi saya yang telah melepasi penantian tersebut, perasaan berdebar-debar agak kurang dirasai. Bukan tidak prihatin dengan anak-anak murid, tetapi perasaan itu berbeza apabila ada anak sendiri yang menduduki peperiksaan tersebut. Diharapkan kepada rakan-rakan guru yang sedang menanti keputusan keluar, semoga jeritan dan tangisan anda menjadi memori terindah.....

Ahad, 18 November 2012

Hukum Tajwid

Entri hari ini saya khususkan kepada hukum asas  tajwid iaitu nun sakinah dan tanwin. Baik. Apa itu nun sakinah? Nun sakinah ialah nun yang bertanda sukun atau mati. Manakala tanwin pula ialah baris dua. Apabila kedua-duanya bertemu dengan huruf-huruf hijaiyyah, maka terdapat pembahagian hukumnya.

Sabtu, 17 November 2012

Sayang Jawi

Hari ini saya ingin berkongsi tentang pelajaran Jawi. Asas utamanya ialah kita mesti mengenali huruf-huruf Jawi. Huruf-huruf Jawi jika dihitung ada 37 huruf kesemuanya. Bermula dari Alif sehingga Ya jika disamakan dengan huruf-huruf hijaiyyah (huruf-huruf yang terdapat dalam al-Quran) dan ditambah dengan Ca, Nga, Pa, Ga, Va dan Nya.


















sumber : http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com



Khamis, 15 November 2012

1 Muharam

Majlis Berkhatan beramai-ramai peringkat sekolah

Gambar berkaitan boleh rujuk pada Menu Gambar.

Syukran...

Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah 1434 H untuk semua....
Semoga kehadiran tahun baru ini memberi inspirasi tinggi kepada kita di dalam melaksanakan pelbagai tugasan dengan berhemah... Aamiin.

Rukun Solat


Apa itu solat? Apabila saya mengajukan soalan kepada murid; baik Tahun 4, Tahun 3, Tahun 2 atau Tahun 1, jawapan sama diberikan iaitu sembahyang. Itulah jawapan asas yang telah disematkan dalam fikiran murid. Pada saya tidak salah cuma pengertian istilah sebenar sepatutnya dikukuhkan dalam minda dan hati murid. Insya Allah...akan saya lakukan.

Selasa, 13 November 2012

Adab dalam kehidupan




Adab merupakan satu mata pelajaran yang sangat mudah. Keseluruhan murid pastinya dapat menjawab soalan yang diberikan kerana soalan berkisar tentang amalan seharian seperti juga mata pelajaran Matematik. 4 operasi tetap dijalani dalam kehidupan seharian. Namun persoalan yang saya belum jumpa jawapannya, mengapa adab susah diamalkan dalam kehidupan apatah lagi adab sebagai seorang muslim?...
Berikut adalah kandungan mata pelajaran adab yang semestinya dikuasai murid-murid saya sebelum meninggalkan "kelas" mereka.

1. Adab berjalan
2. Adab bertanya
3. Adab dengan orang tua
4. Adab menziarahi jenazah dan kubur
5. Adab makan di majlis keramaian
6. Adab berjiran
7. Adab berkumpul
8. Adab semasa di sekolah


Isnin, 12 November 2012

Nota Aqidah


PENGERTIAN PAHALA

Ganjaran baik kepada mereka yang melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.
Contoh amalan yang diberi ganjaran pahala seperti;
1. solat
2. berpuasa
3. menuntut ilmu
4. taat kepada ibu bapa
5. patuh kepada perintah guru dan sebagainya

KOMEN TERKINI

MUHASABAH DIRI

DIRI SAYA

Foto saya
D20112054519 PPGPJJ UPSI 2012